Solat Jumaat Pertama di San Stefano :)

Assalamualaikum.

Semalam adalah hari yang istimewa dan gembira buat saya. Alhamdulillah. Terima kasih Allah (:

Saya telah menemani kawan serumah saya pergi ke San Stefano pagi semalam kerana ada hal penting yang perlu dia selesaikan secepat mungkin. Sebenarnya, dia telah meminta saya untuk menemaninya pada hari sebelumnya lagi tetapi memandangkan ketika itu hari sudah agak lewat dan keadaan Mesir pada ketika ini telah menghalang kami, terutamanya akhawat untuk keluar rumah jika tiada urusan yang sangat2 penting. Masih terngiang kata2 dan pesanan mama dan kakak usrah saya di telinga ini, untuk menghadkan sebarang pergerakan selagi boleh (:

Kami keluar dari rumah agak awal, pagi semalam dengan niat pulang ke rumah juga awal. Sampai sahaja di sana, kedai yang ingin kami tuju, masih belum dibuka. Dan itu memang sudah kami jangka (:

Setelah hampir sejam lebih kami menunggu, makan dan berlegar-legar di dalam pusat membeli-belah yang saya kira menjadi tumpuan di kalangan pelajar2 di Alex ini, kedai yang dituju masih lagi belum dibuka. Sehingga masuk waktu Zohor, kami pun mengambil keputusan untuk terus menuju ke surau di dalam bangunan itu untuk menunaikan solat Zohor.

Melihat pemandangan dari tingkat atas untuk menuju ke surau yang berada di paras bawah sekali, amat mengagumkan saya. SubhanaAllah. Tidak pernah rasanya saya melihat pemandangan sebegitu sepanjang hidup saya. Tikar2 sembahyang dibentang di sepanjang jalan menuju ke surau itu. Bukan sahaja di bahagian lelaki tetapi juga di bahagian wanita. Solat Jumaat di dalam pusat membeli-belah! Alangkah kagumnya saya melihat keadaan ini.

Melangkah masuk ke dalam bahagian wanita yang ketika itu hampir penuh, saya menunaikan solat sunat dan kemudian duduk menunggu dan mendengar khutbah dalam bahasa arab pertama kalinya dan menunaikan solat Jumaat saya yang juga untuk pertama kali seumur hidup saya! Ya, memang benarlah setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Jikalau Allah tidak menakdirkan kami pergi ke sana pada hari tersebut, mana mungkin peluang ini kami miliki. InsyaAllah ini akan saya jadikan antara kenangan manis sepanjang berada di bumi Mesir yang tidak akan saya lupakan (:

Pada hari yang sama, setelah pulang dari sana, sekali lagi Allah telah memberi saya peluang untuk merasai nikmatNya dengan mengikuti suatu program sempena menyambut Maal Hijrah di rumah sahabat yang berdekatan.

Bermalam di sana sambil menghayati malam tahun baru hijrah bukanlah satu pengalaman yang biasa2. Ia amat menyentuh hati saya, dikelilingi sahabat2 yang baik, ukhuwah yang terbina atas dasar cintaNya, memiliki hadaf dan matlamat yang sama, hanya mengejar redha Ilahi.

Terima kasih Ya Allah

Kerana memberi nikmat-nikmat ini kepadaku

Sebagai permulaan di Tahun Baru ini :’)

فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan 
berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu 
Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap 
mengerjakan amal soleh Yang Engkau redhai; dan masukkanlah daku dengan limpah 
rahmatMu ke dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”

27:19

– Salam Maal Hijrah, 1 Muharram 1433 –

Advertisements

~ by SilahALQulub on November 26, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: